fbpx
BEBERAPA warga asing berpeleseran di sekitar kawasan Flat Bandar Suleiman, Klang menimbulkan rasa tidak senang warga tempatan. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

Petang serbu, pagi penuh balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Biarpun telah digempur, perumahan flat di Jalan Sultan Abdul Samad 38, Bandar Sultan Suleiman di sini dikatakan masih dipenuhi warga asing yang tidak diketahui kesahihan identiti mereka dari segi undang-undang.

Ini seterusnya membuatkan sama ada lokaliti tersebut ‘kebal’ atau warga asing tidak serik ‘bermain sorok-sorok’ dengan pe­nguat kuasa.

Segelintir penduduk berharap operasi berterusan dilakukan selain mahu tindakan konkrit agar flat atau rumah kos rendah tidak dijadikan sebagai asrama bagi pekerja warga asing yang memberikan impak dari segi sosial dan ekonomi setempat.

Tinjauan semula Kosmo! di kawasan flat menempatkan kira-kira 30 blok tersebut mendapati masih terdapat warga asing termasuk melepak di kaki lima kedai.

Seorang penduduk, Aidil Azhar Osman, 46, mengakui kecewa apabila rumah yang sepatutnya dimanfaat kepada warga tempatan dijadikan asrama penginapan warga asing.

Katanya, pemilihan lokasi itu berikutan berhampiran dengan kawasan perindustrian selain kos sewa yang mungkin murah.

“Kadang-kadang satu-satu unit rumah yang dijadikan pe­nempatan mempunyai lebih 15 orang. Sudahlah bising dan mengganggu ketenteraman penduduk tempatan.

“Belum lagi yang ‘bertenggek’ di kaki lima jalan atau kedai yang rata-rata pekerjanya juga warga asing. Bila petang khususnya macam berada di negara mereka pula,” katanya di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Zul­kifli Hamid, 55, berkata, aduan telah dibuat berulang kali sebelum ini dan dia menghargai tindakan dibuat Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa lain.

Bagaimanapun ujarnya, operasi berterusan perlu dilakukan supaya mereka ini tidak ubah seperti cacing kepanasan, sete­rusnya membuktikan bahawa perundangan Malaysia serius membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Sementara itu, Nor Azlina Berlin, 51, pula berkata, kehidupan tenang penduduk ‘diragut’ apabila komuniti warga asing kerap mabuk dan melepak di bahagian tangga dan kaki lima flat.

“Bayangkan bila mereka bergaduh dan buat bising malam hari terutama ketika mabuk. Memang sakit jiwa rasanya apatah lagi membawa budaya hidup mereka ke sini.

“Ada juga rumah disewa warga asing ini diubah suai menjadi kedai makan,” ujarnya.

Terdahulu, dalam serbuan Ops Bandar Sultan Suleiman kelmarin berjaya menahan 384 warga asing dari Bangladesh, Nepal, Myanmar, Indonesia dan Pakistan daripada 1,700 individu yang diperiksa Jabatan Imigresen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN