TOPI membuatkan seseorang itu tampil lebih bergaya.

Pemakaian topi serlah keterampilan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Lima belas tahun dulu, mungkin pemakaian topi sebagai salah satu aksesori tidak sepopular sekarang. Namun, aliran trend fesyen telah berkembang dan berubah. Kini, topi menjadi pelengkap gaya buat mereka yang bertudung atau tidak.

Seperti juga tudung dan turban, topi adalah antara elemen penting dalam menyerlahkan lagi keterampilan personaliti yang lebih feminin, bergaya, anggun serta menarik.

Trend pemakaian topi cukup versatil, unik dan kreatif. Ia juga boleh mengubah penampilan kita dengan hanya menukar jenis rekaan topi dalam warna yang berlainan.

Wajah adalah tumpuan pertama apabila orang memandang kita. Pemakaian serta pemilihan rekaan topi yang paling sesuai juga dapat menyerlahkan lagi wajah kita.

Cara kita memakai topi adalah sama penting dengan pemilihan topi yang mahu digayakan, justeru gayakannya dengan cara anda tersendiri.

Padan

Apapun, pastikan saiz topi sesuai dan selesa dipakai. Topi yang sama boleh digaya dan dipadankan sama ada dengan blazer, blaus atau hanya kemeja T dan jean. Apa yang penting, anda perlu bijak bereksperimentasi.

Jika anda mahukan jenis topi yang sesuai untuk pelbagai acara, fedora merupakan topi yang paling tepat. Yang penting anda perlu berani bereksperimentasi serta kreatif bagi mendapatkan topi yang paling sesuai dengan anda.

Malar segar

Antara rekaan topi yang timeless serta malar segar (evergreen) adalah beanie, beret, newsboy, fedora, panama dan floppy straw.

Jika di Barat, topi yang menjadi pilihan untuk musim panas adalah rekaan topi jenis wide brim dan fedora. Bagi musim luruh/sejuk pula, rekaan topi beanie, beret dan newsboy mendapat tempat di hati penggemar-penggemar fesyen.

Di Malaysia saya lihat, wanita lebih berani untuk bereksperimentasi. Selagi ia tidak keterlaluan tiada salahnya kita mencari kelainan.

Warna
Pilih warna-warna natural seperti kelabu, kuning air (beige), putih, coklat/ perang, biru kelasi, hitam atau pilih warna kegemaran anda.

Pilihlah rekaan dan warna topi yang versatil, supaya kita boleh memakai topi itu dari tahun ke tahun, untuk lebih jimat belanja.

Namun, begitu tidak salah untuk tambah koleksi bagi pelbagai rekaan dalam warna terang serta dengan perincian jika mampu.

Yakin
Bagi wanita yang baru mula mencuba memakai topi, pilihlah gaya serta rekaan topi yang paling selesa serta kita yakin memakainya.

Anda perlu kelihatan bersahaja dan bergaya apabila memakainya, bukan seperti anda mahu menutupi sesuatu seperti jerawat atau parut di dahi. Untuk lebih jimat, apabila mahu membeli topi pastikan anda pilih rekaan yang ringkas, praktikal serta gaya klasik dalam warna-warna yang versatil (contohnya: fedora, beanie, newsboy, wide brim straw hat).

Bentuk wajah
Kadangkala kita lihat wanita memakai topi yang tidak kena dengan rupa bentuk wajah mereka.

Mungkin kerana saiz topi yang terlalu besar membuatkan wajah mereka tenggelam dan nampak kecil atau mungkin saiz topi terlalu kecil yang membuatkan wajah nampak lebar.

Oleh itu, kita perlu luangkan masa untuk tentukan bentuk wajah kita – dan belajar bagaimana untuk membuatkan ia nampak lebih menarik dengan pemakaian topi.

Contohnya, jika kita mahu wajah kita nampak panjang dan meruncing, pilih topi yang sedikit tinggi bahagian crown atau punyai tekstur dan reka corak menegak. Jika ada perincian di bahagian topi yang terletak di atas dahi juga boleh beri ilusi wajah panjang dengan membawa pandangan ke atas.

Jika kita mahu raut wajah kelihatan tidak begitu panjang, pilihan topi yang tepat adalah rekaan topi bercrown rata dan penutup yang lebar sedikit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN