fbpx
MUHAMMAD AIDIL IZZUDIN (kiri) menunjukkan slip peperiksaan SPM kepada bapanya, Akhbar Nizam (tengah) dan ibunya, Fazziah di Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut kelmarin.

Buntu tak mampu biaya anak nak sambung belajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Seorang peniaga kuih di Felda Kota Gelanggi Dua di sini, resah memikirkan tentang nasib anaknya, Muhammad Aidil Izzudin, 18, yang memperoleh 6A dalam pe­periksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu untuk me­nyambung pelajaran ke pe­ringkat tinggi ekoran kesempitan kewangan.

Keadaan itu bertambah rumit selepas Fazziah Abdullah, 46, menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas suaminya terlantar akibat strok sejak empat tahun lalu dan mempunyai seorang anak lelaki bongsu berusia lima tahun yang me­ngalami sindrom Down.

Fazziah berkata, hasil jualan kuih-muih di gerai hadapan rumahnya serta dihantar ke kedai makan cuma memperoleh pendapatan bersih RM600 sebulan.

“Mana mampu saya hendak membiayai pengajian anak ke­dua saya itu sekiranya dia ditawarkan menyambung pelajaran ke universiti untuk menyediakan yuran pendaftaran, pembelian buku, pakaian dan sebagainya.

“Suami saya, Akhbar Nizam Hamzah, 48, yang menghidap strok pada bahagian bawah pinggang sehingga kedua-dua belah kaki tidak boleh bergerak termasuk anggota badan sebelah kiri.

“Dia hanya hanya berkerusi roda dan berbaring,” katanya di sini kelmarin.

Fazziah yang dibantu seorang anak lelakinya ketika berniaga berkata, dia bertungkus-lumus berniaga sejak empat tahun lalu bagi me­nyara empat orang anak terma­suk perbelanjaan perubatan suami.

“Kos pengurusan belanja ke­perluan dapur, modal membuat kuih, bil, persekolahan dan perubatan suami mencecah RM2,500 sebulan.

“Saya terbeban memikirkan hal persekolahan anak terutamanya Muhammad Aidil Izzudin yang telah memohon untuk menyambung pelajaran ke pe­ringkat matrikulasi bagi meme­nuhi hasratnya untuk belajar dalam bidang perubatan,” kata­nya.

Dalam pada itu Fazziah berkata, dia tidak dapat menumpukan sepenuh penjagaan terhadap suaminya kerana dia mula ba­ngun untuk membuat kuih pada pukul 4 pagi dan menjualnya di hadapan rumah serta dibantu anak lelaki menghantar ke kedai kopi.

Katanya, pada masa ini, dia menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang digunakan untuk perbelanjaan rawatan suami dan anak bongsunya.

Sesiapa yang ingin membantu boleh menghubungi ­Fazziah Abdullah menerusi talian O11-1283 4047 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 1016141000068616.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN