PUTRAJAYA – Hanya pokok yang berisiko tinggi sahaja dan bukan semua pokok yang perlu ditebang.
Itu reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa susulan beberapa insiden pokok tumbang terutama di Lembah Kelang akhir-akhir ini.
Dr. Zaliha berkata, dalam usaha mencantikkan bandaraya terutama di Kuala Lumpur, ada juga faktor keselamatan khusus yang perlu diambil kira.
“Tidak semestinya nak tebang semua, yang kita bagi keutamaan untuk ditebang ialah yang berisiko tinggi.
“Bagi Kuala Lumpur, saya sendiri telah minta supaya sebuah jawatankuasa diwujudkan dan mereka akan bermesyuarat dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan dokumen projek laluan susur di Presint 15, di sini hari ini.
Katanya, mesyuarat itu akan melibatkan semua pemegang taruh termasuk arborist (pakar tumbuhan berkayu), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. – KOSMO! ONLINE














