fbpx

H5N2 bunuh manusia pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 22 Disember 2013 menunjukkan pekerja kesihatan mengagihkan peralatan kesihatan di sebuah ladang ternakan selepas virus selesema burung H5N2 dikesan di daerah Shinan, utara China. – AFP

GENEVA – Seorang pesakit meninggal dunia akibat selesema burung di Mexico dalam kes pertama jangkitan varian H5N2 pada manusia, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) semalam.

Pesakit berumur 59 tahun itu meninggal dunia pada 24 April lepas selepas mengalami demam, sesak nafas, cirit-birit dan loya.

“Dia tidak mempunyai sejarah pendedahan kepada unggas seperti ayam atau haiwan lain tetapi  mempunyai berbilang penyakit sedia ada,” kata WHO dalam satu kenyataan.

Penduduk Mexico itu dimasukkan ke sebuah hospital di Bandar Raya Mexico dan meninggal dunia pada hari sama.

Menurut WHO, kes itu adalah ‘jangkitan manusia pertama berpunca daripada virus influenza A(H5N2)’.

Pihak berkuasa kesihatan Mexico melaporkan kes yang disahkan itu kepada WHO pada 23 Mei lalu.

“Sumber pendedahan kepada virus itu tidak diketahui,”  kata WHO. Sebelum ini, wabak H5N2 telah dilaporkan dalam unggas di Mexico.

Kes H5N2 dikesan di sebuah ladang ternakan ladang ayam di negeri Michoacan pada Mac lalu dengan beberapa wabak lain dikenal pasti di Mexico, demikian menurut badan kesihatan PBB itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI