fbpx
Gambar hiasan

Cuaca cerah pagi, hujan lebat petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca cerah dan baik di seluruh negara pagi ini.

Sementara itu, bagi cuaca sebelah petang, MetMalaysia menjangkakan ribut petir dan hujan lebat di kebanyakan tempat seluruh negara.

“Hujan lebat berserta ribut petir dijangka tertumpu di beberapa tempat melibatkan Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Cuaca sama turut dijangka melanda kawasan pedalaman Kelantan, Terengganu dan Perak.

Menurut MetMalaysia, di Sabah pula, cuaca buruk sama dijangka tertumpu di hampir keseluruhan negeri Sabah terutamanya Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan, Kudat dan Labuan, diikuti dengan hampir seluruh kawasan di Sarawak.

Dalam pada itu, bagi cuaca sebelah malam pula, ribut petir dan hujan lebat masih dijangkakan di kebanyakan kawasan di Semenanjung melibatkan pedalaman negeri Pahang.

“Cuaca hujan dan lembap pula diramalkan di beberapa tempat di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan serta kawasan pedalaman Perak, Melaka dan Johor.

“Selain itu, cuaca buruk sama turut dijangka di Malaysia timur melibatkan Tawau, Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, Kudat, Labuan di Sabah serta Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak menjelang malam ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN