fbpx

Pengarah Jabatan PBT direman rasuah lulus ubah suai bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ketika dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor hari ini.

SHAH ALAM – Seorang pengarah jabatan sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) direman tiga hari selepas disyaki terlibat dalam rasuah sebanyak RM20,000 bagi mempercepatkan dan meluluskan permohonan pengubahsuaian bangunan tanpa melalui prosedur yang betul.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 46 tahun itu dikeluarkan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada prosiding reman itu, suspek diwakili Peguam Khairul Nizam Abd. Razak.

Sumber berkata, suspek terdahulu ditahan kira-kira pukul 6.29 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek telah meminta dan menerima suapan sebanyak RM20,000 daripada kontraktor.

“Ini sebagai balasan mempercepatkan dan meluluskan permohonan pengubahsuaian bangunan tanpa melalui prosedur yang telah ditetapkan di dalam kawasan Selangor.

“Transaksi tersebut juga dipercayai dimasukkan melalui akaun peribadinya daripada kontraktor-kontraktor yang terlibat,” katanya hari ini.

Jelas sumber, perbuatan itu dilakukan suspek antara tahun 2019 hingga tahun ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI