fbpx
Tengku Mohammad Kamal melihat kemusnahan melibatkan hampir 350 pokok mangga harumanis yang diusahakannya di TKPM Rhu Tapai, Setiu semalam.

Rugi lebih RM200,000 ladang harumanis terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIU – Hasrat seorang usahawan tani untuk menuai hasil buah mangga harumanis yang ditanam sejak tiga tahun lalu tidak kesampaian selepas ladang miliknya seluas 4.5 hektar di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Rhu Tapai di sini musnah dalam kebakaran pada Isnin lalu.

Kebakaran yang dipercayai berpunca daripada cuaca panas dan kering itu memusnahkan hampir 350 pokok mangga harumanis melibatkan kerugian lebih RM200,000.

Tengku Mohammad Kamal Hishamudin, 29, berkata, dia yang menetap di Kuala Terengganu hanya mengetahui kebakaran terbabit selepas dimaklumkan salah seorang pekerjanya.

Beliau berkata, kebakaran turut memusnahkan sistem paip saliran tanaman serta mesin pam air yang terdapat di ladangnya.

“Saya cuba mengusahakan tanaman mangga harumanis secara komersial dalam skala besar sejak tiga tahun lalu berdasarkan kesesuaian tanah di TKPM Rhu Tapai.

“Pokok-pokok mangga harumanis yang musnah terbakar itu hampir berbunga dan sepatutnya mula mengeluarkan hasil sulung yang dijangka pada Mei tahun hadapan,” katanya ketika ditemui di TKPM Rhu Tapai di sini semalam.

Tengku Mohammad Kamal berkata, walaupun mengalami kerugian besar, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus mengusahakan tanaman mangga harumanis.

Tambahnya, dia akan bangkit semula biarpun terpaksa bermula semula dari awal.

“Sebelum ini, ladang mangga harumanis saya juga pernah dilanda banjir pada beberapa tahun lalu.

“Begitupun, saya anggap semua ini sebagai ujian dalam merealisasikan impian membuktikan tanah Terengganu juga sesuai untuk tanaman mangga harum manis,” katanya.

Jabatan Pertanian Terengganu pada Jun 2020 mendedahkan kajian mendapati pokok mang­ga harum manis yang sinonim dengan Perlis sesuai di tanah di tanah bris di negeri ini.

Kajian juga mendapati kualiti buah mangga harum manis di Terengganu mencapai gred premium dengan tahap kemanisan sehingga 22 peratus brix.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN