fbpx
Ismail Sabri

241 individu ditahan ingkar arahan PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 241 individu semalam atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk tidak mematuhi penjarakan fizikal.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu sejumlah 202 individu telah dikompaun manakala 39 pula direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (78), tidak memakai pelitup muka (77), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (43), aktiviti pusat hiburan (41) dan lain-lain (2).

“Sebanyak 2,837 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 12,888 anggota telah membuat pemantauan di 3,566 pasar raya, 4,996 restoran serta 1,860 penjaja, 1,179 kilang, 3,557 bank dan 630 pejabat kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, Operasi Benteng semalam turut berjaya menahan 51 pendatang asing tanpa izin (PATI), satu tekong serta merampas enam kenderaan darat dan dua bot atau kapal.

“Sebanyak 125 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan semalam yang melibatkan Ops Penawar (55 SJR); Ops Benteng PDRM (61 SJR) dan Ops Benteng Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebanyak sembilan SJR.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” tegasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN