fbpx
Jacquelin (kiri) dan adiknya, Nicola dari Britain didenda atas kesalahan beri burung makan. - Manchester Evening News

Bagi burung makan McDonald’s, dua beradik didenda RM1,606

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Dua beradik di Britain didenda £150 (RM803) seorang kerana kesalahan memberi makan kentang jenis hashbrown kepada sekawan burung merpati, Rabu lalu.

Jacqueline Falconer, 53, dan adiknya, Nicola, 48, ketika itu baru selesai membeli-belah bagi menyambut kedatangan Krismas di Bandaraya Manchester.

Mereka dalam perjalanan pulang apabila singgah di restoran makanan segera McDonald’s untuk membeli sarapan.

Jacqueline dan Nicola kemudiannya duduk di tangga Piccadilly Gardens untuk menikmati sarapan namun dikerumuni burung merpati sebaik sahaja mereka membuka bungkusan makanan.

Adik beradik dari Salford itu memberikan kawanan burung merpati itu sepotong kentang hashbrown dengan harapan ia akan berhenti mengerumuni mereka.

Beberapa saat kemudian, Jacqueline dan Nicola didatangi dua pegawai penguatkuasa yang memberikan tiket denda kepada mereka berdua.

“Kami berdua takut pada burung jadi apabila mereka terbang ke arah kami, saya dan adik bertindak memberi makanan untuk menghalaunya pergi,” kata Jacqueline kepada Manchester Evening News.

“Pegawai tersebut datang dan mengatakan bahawa kami tidak dibenarkan membuang makanan kepada burung dan ada papan tanda di seberang taman yang menyatakan peraturan itu,” katanya.

Dua wanita itu dikenakan denda sebanyak RM1,606 bagi pihak Majlis Bandaraya Manchester namun bertegas untuk tidak membayarnya.

Mereka akan mengemukakan rayuan di mahkamah dan menganggap denda yang diterima adalah tidak masuk akal. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN