fbpx
GAMBAR menunjukkan Abby bersama suaminya.

Kembar Siam 2 jiwa kongsi satu jasad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Baru-baru ini, netizen di serata dunia terpegun mendengar kisah hidup Abby dan Brittany Hensel.

Abby dan Brittany, yang masing-masing berusia 34 tahun merupakan pasangan kembar Siam. Di dunia ini, amat sedikit daripada segelintir kembar Siam yang mampu menempuh usia dewasa.

Ini kerana, kebanyakan kembar Siam meninggal dunia ketika masih bayi ataupun pada usia kanak-kanak.

Apa yang unik mengenai Abby dan Brittany ialah mereka boleh melakukan tugasan berbeza pada sesuatu masa.

Tangan kiri kembar berkenaan boleh digunakan untuk menaip telefon pintar sedangkan tangan kanan pula sibuk memasak, sesuatu yang agak mustahil dilakukan oleh manusia biasa.

Pasangan kembar Siam itu mempunyai 4 paru-paru bersama tiga ginjal, dua jantung dan memiliki sistem saraf masing-masing.

Mereka bagaimanapun berkongsi rahim dan organ lain dari paras pinggang ke bawah.

Tugas atau aktiviti yang memerlukan koordinasi antara Abby dan Brittany agak sukar dan mencabar buat mereka seperti memandu.

Ia ibarat dua orang memandu sebuah kereta.

Pasangan kembar itu berkata bahawa mereka mengambil masa agak lama dan berlatih dengan penuh tekun sebelum berjaya mendapat lesen memandu atau menunggang basikal.

Kisah mereka beberapa tahun lalu menarik minat netizen di seluruh dunia selepas Abby dan Brittany membintangi beberapa program realiti televisyen termasuk terbitan TLC.

Baru-baru ini gempar apabila Abby mendedahkan bahawa dia telah berkahwin lebih dua tahun dengan seorang lelaki berusia 33 tahun bernama Josh Browling.

Topik tersebut menjadi perbualan hangat di media sosial terutamanya membabitkan kehidupan di balik kelambu pasangan tersebut.

Netizen memikirkan bagaimana sekiranya Abby hamil, siapakah ibu kandung kepada bayi yang bakal dilahirkan nanti.

Ini kerana sebelum ini dipercayai belum ada ibu kembar Siam yang melahirkan anak, kalau adapun ia kes amat terpencil.

Satu lagi persoalan yang bermain di fikiran netizen adalah bagaimanakah sekiranya kembar Abby, Brittany ditakdirkan mempunyai pasangan hidup?

Sekiranya perkara itu berlaku tentunya agak haru biru kehidupan mereka.

Namun demikian, mereka ini baru boleh dikatakan pasangan sehidup semati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN