fbpx
SHUKOR (kiri) belum sedia mengumumkan persaraan selagi khidmatnya masih diperlukan mana-mana pasukan dalam saingan Liga M. - KLFA OFFICIAL

Shukor tak buru rekod peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TONGGAK pertahanan berpeĀ­ngalaman, Shukor Adan tidak berhasrat mengejar rekod sebagai pemain paling tua dalam sejarah Liga Malaysia (Liga M) meskipun bakal menginjak usia 42 tahun musim depan.

Rekod pemain paling tua sejak Liga M melalui era profesional kekal menjadi milik penjaga gol pada era 90-an dan awal tahun 2000, V Murugan yang beraksi pada usia 43 tahun.

Bagaimanapun, Shukor menegaskan, rekod tersebut tidak menjadi keutamaan, sebaliknya mahu terus beraksi dalam kancah Liga M selagi ada pasukan berminat dengan khidmatnya sebelum membuat keputusan untuk menggantung but.

ā€œSebenarnya saya tidak meĀ­rancang bila usia hendak bersara dan semuanya bergantung kepadaĀ­ tawaran. Saya akan berhenti bermain bola sepak andai tiada lagi pasukan yang mahu Ā­khidmat saya.

ā€œSaya juga tidak terfikir mahu membuat rekod sebagai pemain profesional paling berusia dalam sejarah Liga M kerana segalanya bergantung pada tahap fizikal diri sendiri pada musim depan,ā€ katanya.

Mengenai cabaran bersama Kuala Lumpur musim depan, Shukor mengakui, bukan mudah untuk mereka memberikan saiĀ­ngan dalam kancah Liga Super selepas berjaya membantu pasukanny meraih tempat ketiga Liga Premier tahun ini.

ā€œApa yang paling utama bagi mana-mana pasukan yang mahu bersaing di Liga Super adalah persiapan perlu dilakukan lebih awal dan rapi sebelum saingan bermula.

ā€œSelain itu, kualiti pemain import yang bakal ditandataĀ­ngani juga memainkan peranan penĀ­ting kerana mereka mampu membawa perbezaan dalam baĀ­nyak faktor, ā€œ jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Ā 

TERKINI

BERITA BERKAITAN