fbpx
Lebih 300,000 pengikut dan mendapat tiga juta tanda suka di TikTok.

Nita jadi cikgu bahasa Thai di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NAMA Kanittha Manun tidak a­sing lagi bagi pengguna media sosial. Gadis berketurunan Siam dari Kelantan ini gemar berkongsi ilmu bahasa Thai di platform itu kerana mempunyai lebih 300,000 pengikut di TikTok.

Bagi Kanittha, 27, bahasa Thai adalah unik, mudah dipelajari dan memberi kelebihan kepada mereka yang mampu bertutur sekiranya melancong ke negara jiran.

“Kalau pandai cakap bahasa Thai, kita boleh tawar harga barang dan bertanyakan arah jika tersesat jalan,” kata gadis yang mesra disapa Nita itu.

Gadis ini juga pernah dikatakan seiras dengan pelakon ter­kenal Thailand, mendiang Nida Tangmo Patcharaveerapong, namun dia dengan nada merendah diri mengatakan wanita itu lebih jeli­ta berbanding dirinya.

Selain bahasa Thai, penganalisis akauntansi sebuah syarikat perubatan di Selangor itu boleh bertutur dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Cina dialek Mandarin dan Hokkien.

Kosmo! Ahad: Perkenalkan diri Nita.
NITA: Saya merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan graduan Sarjana Muda Pendidikan dari Unitar International University. Saya kini berkhidmat sebagai penganalisis akauntansi di Selangor.

Boleh cerita tentang masyarakat Siam di Malaysia?
Kami merupakan orang asal, bukannya berhijrah dari Thailand seperti yang selalu disalah tafsir. Hampir semua orang Siam beragama Buddha dan me­raikan perayaan Songkran dan Loy Krathong. Muka kami mirip Melayu, jadi ramai menyangka kami Melayu dan Islam. Orang Siam juga sering disalah anggap orang India kerana perkataan A/P dan A/L.

Apakah perbezaan masyarakat Siam Kedah dan Kelantan?
Dialek percakapan. Siam Kedah dan Siam Kelantan mempunyai dialek yang berbeza. Mi­salnya ‘doi’ membawa maksud ‘kenapa’ di Kedah, tetapi lain pula di Kelantan kerana bermaksud ‘meninggal’.

Pandangan anda tentang bahasa Thai?
Senang untuk dipelajari. Ramai anak muda yang menonton drama Thai dapat menguasai bahasa itu walaupun tidak belajar secara formal. Jadi saya kongsi ilmu ini di akaun Instagram dan TikTok.

Pernah dikecam pengikut media sosial?
Pernah. Ada segelintir pengguna media sosial yang suka meninggalkan komen tanpa sebarang usul periksa. Saya pernah membuat kenyataan bahawa saya bukan orang Thailand, sebaliknya Siam Kelantan, tetapi dikecam kerana mereka beranggapan Siam Malaysia dan warga Thailand adalah sama. Mereka menuduh saya sebagai penipu. Adakalanya saya tidak menghiraukan komen-komen tersebut, sebaliknya fokus kepada perkara yang lebih bermakna. Jika komen itu agak melampau saya akan membalasnya dengan cara baik.

Ciri-ciri pasangan hidup pi­lihan Nita?
Lelaki itu tidak semestinya orang Siam. Saya meminati lelaki yang bertanggungjawab, matang, hormat orang tua, banyak bercakap, cintakan flora dan fauna serta kelakar. Pandai bertutur dalam pelbagai bahasa adalah bonus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN