fbpx
Orang Asli menggali tanah bagi mendulang emas di sekitar ladang kelapa sawit dan getah di Pos Pantos.

Beli kereta, hidup senang kerja gali emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Walaupun menyedari berhadapan ri­si­ko bahaya termasuk kehilangan nyawa, namun ia tidak menghalang semangat penduduk Orang Asli untuk menggali tanah bagi mendulang emas di sekitar ladang kelapa sawit dan getah di Pos Pantos di sini.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Eby berkata, pula-ngan lumayan daripada hasil jualan emas membuatkan mereka bersemangat kerana dapat menambah baik ekonomi keluarga.

Katanya, hasil lumayan yang diperolehi sehingga RM20,000 sekali jualan bukan sahaja digunakan bagi perbelanjaan keluarga, malah untuk membaiki rumah mereka yang sudah uzur selain membeli kenderaan.

“Sebelum ini penduduk kampung hanya bergantung kepada hasil hutan, menoreh getah dan kelapa sawit tetapi sejak menggali emas ini, ia mampu mengubah tahap pendapatan penduduk dan kebanyakan daripada kami mampu memperoleh pendapatan mencecah ribuan ringgit.

“Walaupun sedar akan ri­si­­ko bahaya yang dihadapi ke­­ti­ka menggali tanah bagi men­dapatkan emas, namun itu tidak menghalang kami un­tuk me­neruskan kegiatan ber­ke­naan,” katanya di sini semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan perkampungan Orang Asli Pos Pantos, Mukim Jelai di sini, menjadi tumpuan sejak setahun lalu apabila sebahagian penduduk melakukan aktiviti mendulang emas bagi mendapatkan hasil bumi tersebut.

Tinjauan mendapati terdapat lebih 10 lubang yang telah digali pendulang emas di kawasan ladang kelapa sawit dan getah perkampungan berkenaan.

Menurutnya, setiap kali menggali lubang dan mendulang, mereka terus bersemangat apatah lagi jika menemukan butiran emas.

Katanya, sememangnya mereka sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan tertimbus di dalam tanah seperti kejadian yang berlaku baru-baru ini.

“Biasanya penduduk akan melakukan kerja cari emas selama beberapa hari dan setelah itu mereka akan memproses emas antara seminggu ke dua minggu sebelum menjual kepada tauke emas yang mereka kenal.

“Kami harap akan dapat te­rus melakukan aktiviti ini ke­rana ia sememangnya mampu mengubah kehidupan kami di sini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pos Pantos berharap pihak berkaitan dapat membantu mereka menghalang pencerobohan orang luar yang datang mendulang emas di situ.

Katanya, langkah itu juga pen­ting bagi memastikan tanaman sawit dan getah milik penduduk tidak musnah sekali gus menjejaskan pendapatan mereka pada jangka masa panjang.

“Kita juga akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan tiada mana-mana pihak yang menceroboh dan menggali tanah di kawasan ladang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN