fbpx
Mohd. Mustafa (tengah) pada majlis pelancaran awal SEACare di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lebih 100 pempamer bakal sertai SEACare di KLCC April ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lebih daripada 100 pempamer dari 10 buah negara seperti Korea dan China bakal menyertai Southeast Asian Healthcare & Pharma (SEACare) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama tiga hari bermula 17 April ini.

Pengurus Besar Qube Integrated Malaysia Sdn. Bhd. (Qube), Kevin Teo berkata, lebih kurang 40 hingga 50 peratus daripada pempamer terlibat dalam segmen peranti perubatan, 20 peratus diwakili oleh farmasi dan bakinya daripada bidang pengurusan fasiliti dan pembersihan serta teknologi berkaitan industri penjagaan kesihatan.

“Kami memerlukan lebih banyak penyertaan pempamer yang terdiri daripada syarikat tempatan.

“Kami juga mahu menjadikan pameran kali ini sebagai platform utama menghimpunkan semua pemain khususnya di rantau Asia dalam industri penjagaan kesihatan dan perubatan ini di bawah satu bumbung di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran awal SEACare yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Mohd. Mustafa Abdul Aziz di sini baru-baru ini.

Qube adalah penganjur tempatan yang baru mengambil alih penganjuran SEACare dan pendekatannya kini lebih menjurus kepada pameran berorientasikan perniagaan dengan misi untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi sehenti untuk memperoleh pelbagai produk, perkhidmatan dalam industri penjagaan kesihatan serta perubatan bagi semua pemain di seluruh dunia.

Penganjuran SEACare yang kini masuk ke tahun ke-24 turut tampil berbeza melalui kerjasamanya dengan Matrade dan bakal menggunakan soko­ngan daripada 49 cawangan Matrade di seluruh dunia dengan membawa pemain dari negara-negara berkenaan menyertai pameran tersebut pada tahun ini.

Teo menerangkan, selain pameran sepanjang tiga hari itu, SEACare turut menjadi pentas perkongsian ilmu dalam kala­ngan pakar dalam industri dan juga akademik, persatuan dan juga agensi kerajaan bagi membincangkan pelbagai isu utama, cabaran dan permasalahan se­perti perlesenan dan pengesahan daripada pihak berkuasa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN