fbpx
Gambar hiasan

Dapat kencing manis jika makan madu tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengambilan madu tiruan bagi tempoh jangka panjang boleh menyebabkan individu berisiko ada masalah kesihatan terutama penyakit kronik kerana kandungan gula yang tinggi.

Pakar pemakanan Pusat Kajian Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H-CARE), Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Nurul Huda Razalli berkata, ia susulan madu tiruan mengandungi kadar gula yang tinggi.

Madu tiruan dicampur de­ngan gula yang banyak dan jika diambil dalam kuantiti berlebihan secara berterusan boleh meningkatkan risiko peningkatan berat badan, obesiti dan diabetes.

“Risiko ini bukan sahaja kepada golongan dewasa, malah turut melibatkan peringkat kanak-kanak dan remaja sekiranya mereka mengambil madu tiruan dalam kuantiti yang banyak,” katanya semalam.

Madu asli.

Kosmo! sebelum ini melaporkan mengenai pendedahan Kementerian Kesihatan lambakan madu yang dijual di negara ini adalah tiruan dan mengan­dungi gula yang tinggi. Sebanyak 769 sampel yang diperiksa, 45 jenama didapati tidak mematuhi standard yang ditetapkan.

Sementara itu, Pakar pemakanan Fakulti Sains Kesihatan, UKM Prof. Dr. Ruzita Abd. Talib berkata, madu tiruan juga dikhuatiri boleh menyebabkan masalah kesihatan lain seperti darah tinggi dan sakit jantung.

“Pertama sekali, sama ada madu asli atau tiruan, kedua-duanya secara tidak langsung memberi impak kepada aras gula dalam badan seseorang itu.

“Pengambilan gula yang tinggi bagi jangka masa lama akan menyebabkan masalah obesiti dan mendedahkan pengguna kepada penyakit kronik.

“Sebab itu, jika individu itu ada masalah kesihatan, kita tidak galak makan madu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN