fbpx
KEADAAN sampah sarap yang memenuhi sepanjang laluan di LTU setiap kali musim cuti sekolah di Lipis ke Gua Musang.

Pengguna LTU pengotor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Mentaliti kelas ketiga. Itu jolokan yang sesuai ditujukan kepada sikap buruk pengguna jalan raya yang sering membuang sampah di bahu jalan di laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Padang Tengku, Lipis ke Gua Musang, Kelantan.

Lebih menyedihkan lagi ‘pemandangan’ sampah sarap ber­taburan di atas jalan raya akan berulang apabila tiba musim pera­yaan dan cuti sekolah.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! mendapati kawasan tepi jalan yang dipercayai menjadi lokasi kenderaan berhenti dipenuhi sampah sarap seperti plastik, botol air dan bekas air.

Seorang penduduk Padang Tengku, Aminuddin Mohd Hashim, 43, berkata, sikap pengguna jalan raya yang gemar mengambil jalan mudah dengan membuang sampah dari kende­raan sesuka hati telah mencemarkan kawasan sekitar.

“Kejadian seperti ini bukankah kali pertama berlaku, sebaliknya ia menjadi antara isu di laluan LTU setiap kali musim perayaan dan cuti sekolah.

“Sakit mata memandang sampah sarap yang berterabur di tepi jalan kerana telah mencacatkan pemandangan,”katanya di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Norain Zulkifli, 35, berkata, isu sampah sarap terbabit telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat setempat.

Jelasnya, sampah sarap daripada bungkusan makanan, bekas minuman, plastik sehingga ke lampin pakai buang bayi ditinggalkan begitu sahaja dipercayai ketika mereka berehat di tepi jalan.

“Inilah sikap segelintir rakyat Malaysia yang tiada kesedaran sivik dan tidak keterlaluan jika mereka ini digelar sebagai ‘pengotor’.

“Sedangkan dalam Islam sangat menitikberatkan isu kebersihan tapi malang dan sedih sekali, masyarakat kita masih kurang kesedaran dan disiplin dalam hal menjaga kebersihan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN