JONG-HYUN (kanan) bukan nama asing dalam arena hoki tanah air kerana dia sering meraih anugerah penjaring terbanyak bersama THT sebelum ini.

TNB pecah tradisi, sambar Jong-hyun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TONGGAK berpengalaman Korea Selatan, Jang Jong-hyun sah kembali mewarnai saingan musim baharu Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 yang akan membuka tirainya bermula 1 Februari hingga 9 Mac depan.

Jong-hyun bukan asing lagi buat para peminat hoki tanah air kerana dia sentiasa menjadi nama tetap dalam skuad Pasukan Hoki Terengganu (THT) setiap kali kuota import dibenarkan beraksi dalam MHL.

Menariknya kali ini, bintang Piala Dunia 2023 itu berkemungkinan besar bakal menyarung jersi pasukan baharu iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) berdasarkan tinjauan dalam laman web kejohanan, mhc.jsports.com.my.

Seandainya benar, ia pastinya satu kejutan kerana TNB selama ini mempertaruhkan 100 peratus khidmat pemain ­tempatan bersaing dengan gergasi-gergasi se­perti THT dan Maybank.

Ia sekali gus meletakkan TNB sebagai calon pilihan untuk me­rampas kejuaraan liga dan Piala TNB yang dimenangi oleh THT musim lalu.

Apa tidaknya, TNB akan memiliki dua ‘mesin peledak’ melalui Jong-hyun menerusi 29 gol ketika mewakili THT musim lalu dan penyerang skuad hoki kebangsaan, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal yang muncul penjaring terbanyak MHL 2023 dengan 40 gol.

Teka-teki sama ada Jong-hyun benar-benar mewakili TNB kendalian legenda kebangsaan, Nor Saiful Zaini Nasiruddin bakal terjawab pada majlis pengenalan pemain-pemain TNB dan TNB Thunderbolts esok.

Selain TNB, THT juga dikatakan mendapatkan khidmat dua tonggak Korea Selatan, Jung Manjae dan Yang Jihun, manakala satu lagi pasukan pilihan, Maybank kekal menggunakan 100 peratus pemain tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN