TIDAK kering gusi dibuatnya melihat beberapa selebriti popular meniru fesyen dan gaya Datuk Seri Siti Nurhaliza atau TokTi dalam program The Masked Singer Malaysia musim keempat(TMSM4) minggu lalu.
Macam-macam gaya dipersembahkan oleh barisan juri TMSM4 sehingga membuatkan ramai terhibur antaranya Nabila Huda muncul dengan gaya TokTi ketika istiqamah manakala Elly Mazlein pula tampil dengan solekan serta gaun pengantin seperti dipakai Siti pada hari perkahwinannya.
Sementara itu, Sherry Alhadad pula mencuit hati ramai dengan fesyen yang pernah digayakan Siti dalam muzik video Debaran Cinta.
Tidak mampu meniru gaya Siti, Zizan Razak pula tampill bermisai dan lengkap memakai sut persis suami penyanyi nombor satu negara itu iaitu Datuk Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.
Paling lucu, Siti menerusi ruangan komen beberapa hantaran Instagram turut terhibur dengan gelagat selebriti yang melaram persis dirinya.
“Merahnya, hai Siti Nabila!
“Saya sudah boleh pencenlah Sherry.
“Ada persamaan sikit tetapi lebih extra part hidung itu Zizan, terlalu mancung. Apa pun terima kasih kerana menghargai saya,” kata Siti.
Rata-rata netizen memuji usaha barisan juri mengikut tema tersebut.
“Solekan Elly memang kelihatan sama seperti Siti pada hari persandingannya. Cantik sangat!
“Nabila memang fikir luar kotak, jadi Siti sebelum bertudung sepenuhnya. Terhibur betul,” komen netizen. – KOSMO! ONLINE














