Arahan larangan merokok di dalam restoran perlu dipatuhi semua pelanggan. – GAMBAR HIASAN

Perokok tua paling degil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Takut untuk menegur pelanggan yang me­rokok di premis makanan terutama individu berusia 50 tahun ke atas menjadi antara punca lara­ngan merokok gagal dipatuhi.

Ketakutan itu menjadikan pe­rokok tegar terus ‘berleluasa’ dan sengaja tidak mengendahkan papan tanda larangan merokok yang terpapar di premis-premis makanan.

Seorang pengusaha restoran di Shah Alam, Faez Mohamed, 32, berkata, dia sering melarang pelanggannya merokok di dalam premis.

“Bukan rokok biasa sahaja, yang hisap vape pun saya tegur. Memang ada yang tanya balik kenapa begitu, tetapi saya terangkan ia adalah peraturan untuk elakkan risiko kesihatan kepada pelanggan lain.

“Ikutkan pengalaman saya sepanjang peraturan ini dikuatkuasakan, individu yang payah ditegur biasanya mereka berusia yang selalu akan mempertikaikan larangan itu, manakala orang muda biasanya senang dengar teguran,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Faez memberitahu, sejak bertegas dalam larangan mero­kok di restorannya, jumlah pe­langgan menyusut, namun tidak lama kemudian ia mula dikunjungi ramai mereka berkeluarga.

“Mungkin sebab mereka sedia maklum kedai kami bebas rokok dan sesuai untuk makan bersama keluarga terutamanya yang memiliki anak-anak kecil,” ujarnya.

Tambahnya, setiap pengusaha restoran perlu sepakat dan tegas untuk membanteras perokok tegar yang masih berdegil mahu merokok di dalam premis.

Sementara itu, tinjauan Kos­mo! di sebuah restoran lain di sekitarnya, beberapa individu dilihat masih degil merokok di dalam premis walaupun jelas terpampang papan tanda larangan merokok.

Seorang pekerja yang ingin dikenali sebagai Syah membe­ritahu, dia tidak berani untuk menegur mereka kerana bimbang akan dimarahi dan mencetuskan kekecohan.

“Saya pernah tegur sebelum ini, tetapi kena marah, jadi sekarang saya sudah tidak berani lagi tegur, nanti kecoh.

“Orang muda mungkin boleh dengar cakap, tetapi mereka yang sudah berusia susah nak terima teguran biarpun dibuat secara baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN