fbpx

Tiada kemelut politik di Sabah – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika menghadiri Majlis Peluncuran Pembangunan Kedamaian sempena Rumah Terbuka Sambutan Krismas Kedamaian 2023 di Kota Belud. -Foto IVAN AMIRUL

KOTA BELUD – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan bahawa terdapat kemelut politik di Sabah.

Beliau berkata, sebaliknya keberadaannya di negeri itu adalah bagi menghadiri Majlis Peluncuran Pembangunan Kedamaian sempena Rumah Terbuka Sambutan Krismas Kedamaian 2023 atas jemputan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.

“Malam tadi saya ada mengadakan perjumpaan dengan semua ketua-ketua UMNO bahagian di Sabah dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO.

“Namun perjumpaan kami itu hanya bertujuan mengemaskini beberapa kerja-kerja politik terutama di dalam penyusunan struktur jentera setelah selesainya Pilihan Raya Umum (PRU) dan PRN di enam negeri sebelum ini.

“Kita jangkakan bahawa Sabah ialah negeri seterusnya yang bakal mengadakan PRN. Walaupun kita tahu bahawa PRN Sabah hanya akan diadakan selewat-lewatnya pada akhir tahun depan tetapi tidak salah sekiranya UMNO melakukan tindakan siap siaga dariapda sekarang,” katanya ketika sidang akhbar Majlis Peluncuran Pembangunan Kedamaian sempena Rumah Terbuka Sambutan Krismas Kedamaian 2023 hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid meminta semua pihak tidak membuat analisis atau spekulasi wujudnya kemelut politik di negeri Sabah.

Sementara itu, Ahmad Zahid pada majlis terbabit mengumumkan peruntukan sebanyak RM224 juta bagi tiga projek menaiktaraf jalan luar bandar Kadamaian di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KKDW). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI