fbpx

Wanita beri hadiah tunai umrah kepada pekerja parkir suka solat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INDAH memberikan hadiah istimewa kepada Taba untuk menunaikan umrah di Mekah. - Foto Tribun Trends/Ist

JAKARTA  – Seorang pekerja di sebuah tempat letak kereta di Makassar mendapat hadiah daripada seorang wanita untuk menunaikan umrah di kota suci Mekah, lapor portal berita Tribun Trends hari ini.

Lelaki pertengahan usia dikenali sebagai Taba itu bekerja di parkir berkenaan selama kira-kira 10 tahun. Dia menerima hadiah istimewa itu daripada seorang wanita bernama Indah Christian Djalaluddin atau Indah Jumayanti.

Kisah Taba menerima hadiah tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram @hj.indahchristiandjalaluddin semalam.

Indah berkata, dia memberikan hadiah kerana tertarik dengan lelaki itu yang sanggup meninggalkan pekerjaannya seketika untuk menunaikan solat.

“Pakcik ini sudah kurang lebih 10 tahun saya kenal. Walaupun tidak mengenalku, tetapi semangatnya untuk menjalani pekerjaannya dengan ikhlas melayani siapa saja dengan senyuman yang tulus,” tulis Indah.

Sebelum menerima hadiah istimewa itu, lelaki berkenaan membuka pintu kereta untuk wanita tersebut.

Wanita itu turut memberikan nasihat kepadanya supaya terus rajin bersolat dan bertanya sama ada dia pernah bersolat di Masjidil Haram tetapi Taba menjawab: “Belum pernah.” 

Indah kemudian memberitahunya tentang hadiah istimewa itu menyebabkan Taba menitiskan air mata dan sujud syukur kerana bakal menjejakkan kaki ke Tanah Suci. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI