Jamilah menunjukkan sebagai kraf tangan berbentuk kucing yang dihasilkannya ketika ditemui di Johor Bahru semalam.

Nenek jadi kaya jual ‘kucing’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Umur tidak menjadi penghalang buat seorang nenek tujuh cucu untuk menjana pendapatan dengan membuka kedai kraf tangan bertemakan kucing.

Jamilah Yahya 61, dari Kampung Baru Sungai Seluyut Kota Tinggi menghasilkan kraf tangan berupa kusyen rehat pergela­ngan tangan untuk pengguna komputer.

“Kraf itu saya jahit sendiri bersama 10 pekerja menggunakan kain cotton dan fiber selepas mendapat ilham daripada kucing saya dipanggil chemong,” kata­nya ketika ditemui di sini.

Menurut Jamilah, aktiviti kraf dilakukan sejak tiga tahun lalu menggunakan selembar kain putih dan dijadikan corak batik sebelum dijahit menjadi bentuk kucing yang boleh dipelbagaikan kegunaannya.

Sepanjang penglibatannya dalam seni kraf tangan, Jamilah berjaya memenangi anugerah antaranya Anugerah Gold Design 2021 dan UTM Seoul International Inventor Fair 2022.

“Alhamdulillah kraf saya sudah terjual hingga ke Jepun dan mendapat sambutan. Selain itu, 500 barangan saya habis dijual di Festival Kraf Tekstil Borneo tahun 2023,” katanya.

Ujar Jamilah, dia mampu menghasilkan sebanyak 25 polar kucing yang dijual dengan harga RM45.

Orang ramai yang inginkan produk kraf boleh melayari secara dalam talian mycraftshop atau menghubunginya di talian 017-795 5769.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN