AGAK lama tak mendengar khabar pelakon Mawar Rashid dan bekas suaminya Raf Yaakob yang berpisah pada November tahun lalu.
Begitupun usahawan terbabit rajin berkongsi informasi mengenai pelbagai perkara menerusi Telegram yang diikuti ramai.
Terbaharu, Raf memuat naik satu hantaran dalam Instagram yang menyentuh berkaitan jodoh dan pertemuan.
Dalam perkongsian tersebut, bapa tunggal lima anak itu menzahirkan doa dipertemukan dengan wanita yang mencintai Allah berbanding duniawi andai diberi peluang mengenali wanita lain.
Melihat perkongsian tersebut, rata-rata pengikutnya meninggalkan komen sama-sama mendoakan adik Datuk Fazley Yaakob itu dipertemukan jodoh dengan wanita seperti diimpikan.
Begitupun, ada juga pemerhati melontarkan pandangan lelaki yang seharusnya membimbing teman hidup menjadi beriman. Tidak mengapalah Raf, anggap sahaja orang bagi komen sebegitu sebab prihatin. Betul tak?
Mizz Lahar: Selebriti lelaki letak bermacam kriteria untuk calon isteri, tetapi dia sendiri ligat ke kelab malam.















