fbpx
Tragedi serangan harimau kini menjadi buah mulut penduduk ketika berada di kedai atau kedai kopi di Kampung Kuala Tool, Gua Musang.

‘Insiden terburuk sepanjang 55 tahun hidup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Insiden tiga mati dalam tempoh sebulan akibat serangan harimau disifatkan sebagai tragedi terburuk yang pernah berlaku sepanjang 55 tahun Orang Asli menetap
di Kampung Kuala Tool di sini.

Mohd. Zain Ismail, 81, berkata, kira-kira 200 penduduk kini bimbang dengan keselamatan mereka kerana pak belang masih bebas di ladang dan kebun selepas membaham seorang lelaki Indonesia Rabu lalu.

Katanya, pekebun tidak berani keluar bersendirian untuk bekerja dan mengutip hasil di ladang kelapa sawit, getah dan buah-buahan.

“Sejak hidup 55 tahun di sini, belum ada lagi kes harimau makan orang. Ini adalah sejarah paling buruk pernah berlaku apabila empat kes manusia mati dibaham harimau iaitu di Pos Pasik, Kampung Meranto dan Kampung Kuala Tool,” katanya.

Bagi Tuan Abdullah Tuan Ismail, 61, dia terpaksa duduk di rumah buat sementara waktu kerana ingin mengelak daripada terserempak dengan pak belang.

“Sebelum ini saya pernah dengar bunyi harimau me­ngaum. Baru-baru ini pula saya terkejut apabila penoreh getah warga Indonesia pula mati.

Seorang lagi pekebun, Ismail Che Pa, 66, berkata, punca rezeki dan sara hidup lebih 100 pekebun kini terjejas.

“Mahu pergi ke sekolah pun ada yang terserempak dengan harimau. Saya harap Perhilitan lebih agresif menangkap harimau ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN