fbpx
Gambar hiasan.

Luahan pembaca: Sakit hati lihat warga asing selamba ‘jarah’ subsidi rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara pengarang,

DI SINI saya ingin meluahkan perasaan kecewa dan tidak puas hati berhubung sikap segelintir peniaga yang sengaja menjual barangan subsidi kepada warganegara asing.

Antara barangan itu ialah beras tempatan, gula, minyak masak peket, malah mereka juga berani mengisi petrol RON95 di stesen minyak secara terbuka.

Semua barangan itu sepatutnya dinikmati rakyat Malaysia. Ini akibatnya apabila peniaga tempatan menjadi tali barut kepada warga asing.

Warga asing berani membeli barangan itu di premis runcit. Peniaga terbabit pula seolah-olah kebal undang-undang.

Paling menyakitkan hati bila orang tempatan datang membeli minyak masak peket, alasan peniaga stok habis, manakala gula pula tidak sampai stok.

Pernah berlaku di depan mata saya lihat warga asing menjinjing seplastik minyak masak peket, sedangkan saya sudah lama tidak dapat membeli barangan tersebut.

Terdetik juga di hati sebagai rakyat Malaysia, adakah saya merupakan warga asing dan ‘mereka’ itu pula adalah rakyat tempatan?

Adalah tidak adil sekiranya perkara ini tidak dipantau dan diambil tindakan sedangkan hampir setiap tahun Lembaga Hasil Dalam Negeri tidak pernah culas untuk ‘menyedut’ cukai daripada akaun saya.

Kepada pihak berkuasa, jalankanlah tugas yang telah diamanahkan kepada anda. Datanglah periksa kedai-kedai runcit dan kedai serbaneka di sekitar Pantai Dalam di ibu negara. Jangan selesa berada di pejabat.

Pembayar Cukai
Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN