fbpx
ARIF AIMAN (depan) meraikan gol kedua Malaysia pada aksi Pestabola Merdeka 2023 yang menyaksikan Malaysia menang 4-2 ke atas India di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

Pestabola Merdeka: Harimau Malaya ‘gigit’ India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR: Taring Harimau Malaya sekali lagi terserlah apabila mara ke final Pestabola Merdeka selepas menundukkan India 4-2 pada aksi penuh mendebarkan di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Bagaimanapun, India yang hadir selaku pasukan ranking ke-102 dunia seakan-akan memberikan idea baharu buat pengendali negara, Kim Pan Gon dalam usahanya menyiapkan pasukan lebih kuat pada masa akan datang.

Di sebalik kompetitif permainan, kematangan dan kualiti rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil masih lagi menjadi persoalan utama selepas banyak kawasan padang mula tercabut.

Terdahulu, Harimau Malaya memastikan permulaan positif apabila membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi Dion Cools namun minit ke-13, kedudukan kembali seimbang selepas Mahesh Singh Naorem meledak gol penyamaan.

Selang tujuh minit selepas itu, skuad negara sekali lagi di depan dan kali ini giliran Arif Aiman Hanapi yang menyempurnakan sepakan penalti.

Selepas mempersiakan peluang terbaik pada minit ke-29, tiga minit sebelum babak pertama berakhir stadium sekali lagi bergema apabila Faisal Halim meledak gol ketiga negara.

Ketika jaringan Sunil Chhetri pada minit ke-51 menyerlahkan kebangkitan India, 10 minit selepas itu seorang lagi tonggak pertahanan negara, Corbin Ong melengkapkan semangat melawan Harimau Malaya apabila meledak jaringan keempat.

Seterusnya lebih 46, 000 penyokong negara sering dihimpit situasi cemas ketika The Blue Tigers makin garang mengatur serangan termasuk percubaan Lallianzuala Chhangte minit ke-68 menggegar palang gol yang dikawal Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Pada aksi final Selasa ini, Harimau Malaya akan bertemu Tajikistan yang mendapat bye ekoran penarikan diri Palestin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI