fbpx
Pelepasan air mentah alternatif daripada kolam takungan HORAS ke Sungai Selangor, Kuala Selangor bagi mengelak tiga LRA dihenti tugas

Gangguan air: Kerja di LRA Sungai Langat sudah capai 72 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat (LRA) kini telah mencapai 72 peratus.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataannya memaklumkan, tahap pelaksaan kerja tersebut dicapai setakat pukul 3.30 petang selepas dimulakan pukul 9 pagi.

“Kerja-kerja berkenaan dijangka siap pukul 7 petang ini.

“Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini daripada semasa ke semasa menerusi saluran rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebanyak 338 kawasan di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual susulan kerja-kerja tersebut.

Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya di kesemua kawasan terjejas pada pukul 12 tengah hari, Khamis ini. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN