fbpx

Noorkhiriah kesal penjual online tipu pembeli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOORKHIRIAH

PETALING JAYA – Pelakon Noorkhiriah meluahkan rasa kesal terhadap sesetengah peniaga online yang menggunakan khidmat reviu dengannya tidak bersikap jujur tentang produk yang dijual.

Luahan kekecewaan tersebut dimuat naik Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 41, dalam satu hantaran Instagramnya hari ini.

“Nak beritahu sesiapa yang buat reviu dengan saya tolonglah jujur, jangan menipu sebab saya pun tidak tahu latar belakang anda semua.

“Saya cuma muat naik apa yang diberikan oleh peniaga, rupa-rupanya ada scammer.

“Tolonglah ada hati dan perut kalau hendak berniaga sebab saya tidak mampu hendak periksa latar-belakang setiap satu produk,” luahnya.

Tambah pelakon drama popular Nur itu, dia terpaksa memperlahankan aktiviti reviu produk yang dilakukannya kerana sikap tidak tidak bertanggungjawab segelintir peniaga online.

“Sebab itu saya sudah kurang mengambil mana-mana produk untuk dipromosikan, inilah puncanya.

“Ada yang tidak jujur. Bisnes awak tidak akan ke mana jika menipu. Kaya pun sekejap,” ujarnya.

Ujarnya lagi, mereka yang menipu itu tidak akan aman kerana rezeki yang diterima tidak berkat.

“Dunia memang seronok tetapi hanya sebentar, dosa berpanjangan sampai masuk kubur.

“Jujurlah, anda tidak akan aman hanya dengan cara menipu. Ingat, kamera litar tertutup (CCTV) Allah SWT tidak pernah padam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI