JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kayat sedang mendahului kiraan undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.
Menurut keputusan tidak rasmi, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Johor itu meraih undi 993 setakat pukul 7.30 malam.
Suhaizan meninggalkan pencabarnya yang mewakili Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar (854) dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi (9).
Parlimen Pulai menyaksikan seramai 166, 653 pengundi yang layak melakukan pemilihan yang terdiri daripada 44.17 peratus adalah kaum Melayu, Cina (40.47), India (12.30) dan lain-lain (30.5).
PRK Parlimen Pulai diadakan susulan kematian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub dipilih menjadi Ahli Parlimen Pulai selama dua penggal iaitu pada 2018 dan 2022, selain memenangi kerusi DUN Simpang Jeram ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan PRU15.
Pada PRU15 lalu, Salahuddin berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pulai selepas memperoleh 64,900 undi dengan majoriti 33,174 undi menewaskan Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN) yang memperoleh 31,726 undi, manakala calon PN, Loh Kah Yong dengan undi sebanyak 20,677.-KOSMO! ONLINE














