fbpx
Amirudin ketika ditemui pemberita selepas majlis perhimpunan penjawat awam dan pelancaran kempen kibar Jalur Gemilang di Shah Alam. Foto oleh SADDAM YUSOFF

PRK bergantung keputusan Speaker DUN Selangor, SPR – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Keperluan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bergantung keputusan Speaker DUN sebelum diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri akur dengan sebarang keputusan yang dibuat mengikut peruntukan undang-undang.

Jelas beliau, perkara itu akan ditentukan sendiri Speaker DUN Selangor, Lau Weng San sebelum dimaklumkan kepada SPR bagi tindakan lanjut.

“Itu tertakluk kepada prerogatif Speaker tetapi saya rasa pihak DUN akan menyiapkan nota. Saya ingat maksimum dalam minggu ini kita akan memaklumkan kedudukan (kerusi) itu.

“Kita kena akur kerana ia adalah keputusan SPR berdasarkan pengumuman yang akan dibuat oleh Speaker nanti,” katanya selepas majlis perhimpunan penjawat awam dan pelancaran kempen kibar Jalur Gemilang di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini, hari ini.

Baru-baru ini, timbul dakwaan Selangor mungkin berdepan PRK susulan isu hilang kelayakan melibatkan status seorang ADUN yang didakwa boleh menyebabkan kekosongan kerusi berkenaan.

Tambah Amirudin, pejabat Speaker dijangka mengeluarkan kenyataan mengenai kedudukan kerusi itu dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN