fbpx

Jadi jutawan hasil kerja pembersih rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kananen menjadi jutawan hasil pekerjaannya sebagai pembersih rumah.- AFP

MIAMI, Florida – Seorang wanita berkongsi kisah bagaimana dia bergelar jutawan berkat kesibukan menjadi tukang cuci rumah di beberapa buah negara di dunia selain mempunyai lebih 10 juta pengikut dalam aplikasi TikTok, lapor portal berita Daily Express semalam.

Auri Kananen, 30, dari Tampa, Florida mula membersihkan rumah orang lain secara percuma pada 2020 semasa hujung minggu. Dia merakam aksi tersebut di laman YouTube dan TikTok.

Pada hari biasa pula, Auri bekerja sebagai seorang penyelia pembersihan.

Videonya di media sosial menjadi begitu popular sehingga menarik banyak penaja dan iklan. Pengikut Auri juga bertambah. Dia mempunyai lebih 10 juta pengikut di laman TikTok dan mampu memperoleh pendapatan AS$535,675 (RM5 juta) daripada saluran YouTube miliknya.

Bintang media sosial itu berkata: “Membersih rumah adalah menyeronokkan, perkara terbaik yang pernah ada. Saya sangat menyukainya. Ia membuatkan saya berasa puas. Gembira, sangat santai.

“Saya masih ingat tentang keterujaan saya untuk mempunyai 100,000 pengikut tetapi sekarang saya mempunyai 10 juta pengikut.

“Wang tidak mengubah siapa saya, saya hanya suka membersihkan dan berkongsinya kepada dunia. Saya suka pekerjaan saya. Ia sangat memuaskan apabila anda boleh mengelap lapisan habuk yang tebal. Ia perasaan terbaik yang pernah ada,” ujarnya.

Pada tahun lepas, Auri melancarkan perniagaannya dan mengembara ke seluruh dunia untuk membersihkan rumah termasuk melawat Britain, Switzerland dan Sweden. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI