fbpx
DI apartmen inilah tiga beranak ditemui mati di dalam bilik sebuah kediaman di Kampung Baru Ampang, Ampang kelmarin.

Tiga hari tak sedar tinggal dengan mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Bekas teman lelaki kepada seorang wanita yang ditemui mati bersama dua anaknya kelmarin tidak menyangka dia telah tinggal dengan mayat tiga beranak itu selama tiga hari di dalam rumahnya di Kampung Baru Ampang, di sini.

Mayat jurujual berusia 42 tahun itu ditemui bersama seorang anak lelaki berumur 14 tahun dan seorang anak perempuan 15 tahun di dalam bilik kediaman sebuah apartmen pada pukul 7.30 pagi.

Dalam kejadian itu, polis turut menemui satu nota dipercayai ditinggalkan wanita tersebut yang mengandungi ucapan penghargaan buat individu yang rapat dengannya seperti rakan sekerja dan juga bapa yang menjaga anak perempuannya.

Bekas teman lelaki mangsa memberitahu, sejak dia ­berpisah dengan kekasihnya itu pada tahun 2021, mereka sudah tidak lagi bertegur, namun masih ­me­netap di dalam rumah sama, tetapi bilik sahaja yang berbeza.

Katanya, kali terakhir dia melihat mangsa adalah pada malam Isnin lalu ketika mahu pergi ke tandas untuk mandi, manakala mangsa pula sedang memanggil anaknya untuk tidur di dalam bilik.

“Pada awal pagi Selasa lalu, saya terdengar bunyi seakan-akan pita pelekat dipasangkan di dalam biliknya. Saya biarkan sahaja sebab tahu mendiang ada perniagaan sendiri dan mungkin sedang membungkus barangan.

“Pada pagi Khamis (kelmarin), saya rasa tidak kena apabila melihat masih tiada pergerakan mang­sa dan lampu di dalam ­biliknya terbuka kira-kira tiga hari. Di luar rumah pula ada surat da­ripada rakannya yang mengatakan dia tidak hadir bertugas.

“Saya cuba masukkan surat ikut bawah pintu bilik men­diang, tetapi tidak lepas kerana ada pita pelekat. Saya kemudian pecahkan pintu dan jumpa tiga beranak itu sudah tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

TIGA beranak ditemui mati di sebuah kediaman di apartmen Kampung Baru Ampang di Ampang kelmarin.

Dia yang juga seorang guru tadika memberitahu, ketika ditemui, tubuh ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan sangat menyedihkan kerana sudah lama mati.

“Saya pegang telefon ketika itu mengigil, saya dah puas me­nangis seharian sampai sudah tiada air mata mampu keluar.

“Selesai sahaja siasatan forensik di lokasi kejadian dan saya pula tinggal sendirian. Saya menangis, meraung kecewa me­ngenangkan mangsa yang tidak mengadu sebarang masalah dan gagal selamatkan mereka,” katanya.

Katanya, mangsa merupakan seorang ibu tunggal yang kuat kerana sanggup membantu orang lain meskipun di saat ­dirinya sendiri menghadapi pelbagai kesukaran.

“Mendiang pernah bantu abangnya yang memerlukan wang di samping menghantar anaknya mendapatkan pendidikan di sekolah swasta dan membuat dua kerja dalam satu masa. Hubungan mendiang dengan anak sangat baik,” ujarnya.

Sementara itu, jiran mangsa yang ingin dikenali sebagai Wong berkata, mangsa seorang yang tidak lokek untuk menghulurkan makanan atau barangan lain kepada jiran.

Katanya, pemergian mendiang sekeluarga sangat mengejutkan dan pasti akan merindui kemesraannya yang terjalin dengan anak mendiang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan pula berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang lelaki tempatan sekitar pukul 7.31 pagi kelmarin.

Menurutnya, siasatan pihak forensik di lokasi kejadian mendapati, mayat tiga beranak itu ditemui di dalam bilik tidur ­pertama dengan pintu dan tingkap bilik ditutup rapat menggunakan pita pelekat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN