fbpx
PELUMBA Uma Racing Yamaha Maju Motor Asia Team, Nazirul Izzat Bahauddin meraikan kemenangan bersama pasukannya. -Foto UMA Racing

Nazirul Izzat tawan Litar Mandalika, Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR  – Pelumba negara, Nazirul Izzat Bahauddin terus mengukuhkan cengkaman carta kedudukan kelas Underbone 150 cc (UB150) sejurus melakukan kejutan melakar kemenangan pada perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2023 di Litar Mandalika, Indonesia hari ini.

Meskipun bergelut mencari pelarasan terbaik sewaktu kali pertama bersaing di litar tersebut, namun pelumba Uma Racing Yamaha Maju Motor Asia Team tetap mampu menjelmakan perlumbaan cukup baik apabila memastikan lagu Negaraku berkumandang di bumi Indonesia.

Pada saingan tersebut, Nazirul yang memulakan saingan di petak keenam mengambil langkah berhati-hati terutama cabaran pelumba Indonesia yang mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri.

PELUMBA Uma Racing Yamaha Maju Motor Asia Team, Nazirul Izzat Bahauddin-Foto UMA Racing

Bagaimanapun, ia tidak mematahkan usaha Nazirul apabila menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat biarpun kemenangan tersebut terpaksa ditentukan menerusi ‘photofinish’ selepas bersaing rapat dengan seorang lagi pelumba Malaysia, Akid Aziz dari Cardinals Factory Racing Team Arrc.

“Kalau diikutkan pada mulanya saya memang tak jangka akan tamatkan perlumbaan dengan kemenangan kerana kerana saya benar-benar rapat dengan Akid. Keputusan kemenangan hari ini terpaksa ditentukan menerusi keputusan photofinish.

“Apapun, kemenangan pada hari ini datang dari Allah dan saya hanya memberi tumpuan kepada strategi. Kemenangan hari ini adalah rezeki saya dan terima kasih kepada pasukan yang bekerja keras sepanjang minggu ini kerana ini kali pertama pasukan saya bersaing di litar ini.

 

PELUMBA negara, Nazirul Izzat Bahauddin (tengah) berada di atas podium selepas muncul juara perlumbaan di Mandalika, Indonesia. Foto ARRC

“Saya harap mampu mengulangi aksi terbaik sekali lagi esok untuk menaiki podium. Apapun, saya enggan terlalu selesa kerana semua pelumba berpotensi memberi tentangan bergelar juara,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Hasil keputusan tersebut, Nazirul terus selesa memimpin carta kedudukan UB150 dengan kelebihan 39 mata selepas mengumpul 116 mata. Pelumba Indonesia, Gupita Kresna Wardhana yang sekadar menamatkan saingan tempat kelapan di Mandalika berada di tangga kedua selepas mengumpul 77 mata dan diikuti Wawan Wello dari Pitsbike JRT Tech 2 OneWay Racing Team tangga ketiga dengan 72 mata. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN