fbpx
Gambar hiasan

Jumlah keluar undi awal PRK Kuala Terengganu cecah 70 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Jumlah pengundi keluar mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu dilaporkan telah mencecah sebanyak 70 peratus setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, jumlah keluar mengundi awal melebihi 70 peratus turut direkodkan di enam negeri terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

“Di Kedah, jumlahnya mencecah 74 peratus selain Kelantan (77 peratus), Terengganu (75 peratus), Pulau Pinang (72 peratus), Selangor (68 peratus) dan Negeri Sembilan (75 peratus),” katanya tadi.

Hari ini, seramai 97,388 individu terdiri daripada anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis bersama pasangan masing-masing menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian awal PRN di enam negeri.

Pengundian awal turut melibatkan PRK Parlimen Kuala Terengganu susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun membatalkan kemenangan calon Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN