fbpx
Kerajaan Persekutuan diterajui Anwar ketika ini amat kukuh dengan jumlah 148 kerusi di Parlimen. – GAMBAR HIASAN

PRN: Hampir mustahil kerajaan Persekutuan boleh tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kedudukan Kerajaan Persekutuan tidak akan terkesan dengan apa jua keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara, Mujibu Abd. Muis berkata, sebanyak 148 kerusi Parlimen milik Kerajaan Perpaduan ketika ini terlalu utuh untuk digoyahkan.

“Dakwaan Kerajaan Persekutuan tumbang September depan jika parti gabungannya tewas PRN hampir mustahil terjadi. Majoriti kerusi Parlimen Kerajaan Persekutuan amat kukuh.

“Lagi pula kini ada Akta Lompat Parti yang tidak memungkinkan Ahli Parlimen untuk melompat parti seperti ‘Langkah Sheraton’ sebelum ini.

“Mustahil (parti dari) Sabah dan Sarawak akan beralih kepada PN kerana jika itu pertimbangannya dari awal mereka sertai PN bentuk Kerajaan Persekutuan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) dalam kempen PRN kali ini membayangkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tumbang jika parti gabungannya kalah teruk pada 12 Ogos ini.

Mujibu berkata, dakwaan itu mungkin atas andaian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi akan didesak supaya berundur oleh akar umbi parti dan penggantinya akan mengeluarkan UMNO dari Kerajaan Perpa­duan untuk menyertai PN.

Justeru katanya, beliau berpandangan dakwaan tersebut barangkali cuma suatu propaganda untuk menguatkan semangat dan menetapkan pendirian pengikut PN.

“Kerusi DUN tiada kaitan de­ngan kerusi Parlimen. Jika PN menang besar cuma sekadar memperkuatkan naratif PN bahawa pengundi Melayu tolak PH dan naratif Anwar masih tidak popular dalam kalangan Melayu.

“Kerajaan Persekutuan perlu buat sesuatu yang lebih ‘kaw-kaw’ selepas itu. Bagaimana DAP dan UMNO perlu yakinkan ahli tentang kerjasama mereka.

“Tidak akan berlaku masalah pentadbiran Kerajaan Persekutuan, cuma negeri pembangkang akan mengalami kesukaran. Tentu akan ada konflik dan ‘backlash’ dengan Persekutuan,” katanya.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi dalam satu hantaran di media sosial semalam turut menafikan dakwaan berkenaan.

“Hari ini PN menang di Sela­ngor, esok Anwar turun dari Putrajaya. Ini manifesto terdesak. Retorik cara lama,” katanya.

Mohd. Puad sebaliknya membayangkan PN sedang menunggu masa untuk berpecah dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan meninggalkan gabu­ngan politik tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI