fbpx
POGBA tidak berada pada prestasi terbaik untuk memberikan sesuatu yang istimewa buat United ekoran kekurangan minit permainan serta masalah kecergasan. – AFP

Pogba tidak gembira situasi di Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Jurulatih Perancis, Didier Deschamps mendedahkan bahawa beliau tidak fikir bahawa Paul Pogba kini gembira dengan situasi semasanya di Manchester United.

Pemain berusia 27 tahun itu bergelut untuk memberikan aksi konsisten apabila gagal menembusi kesebelasan utama­ sejak beberapa bulan lalu ekoran masalah kecederaan dan masalah kecergasan selain diuji positif Covid-19 sebelum ini.

Pogba hanya beraksi sepenuh masa dalam dua perlawanan musim ini ketika mereka tewas kepada Tottenham Hotspur dan Arsenal selain hanya mampu menjaringkan satu gol ketika menentang Brighton pada aksi Piala Liga Inggeris.

Bagaimanapun, dia berjaya beraksi dengan baik ketika bersama Perancis biarpun Deschamps mengakui ia bukanlah aksi terbaik dipamerkannya.

“Saya tidak ada nasihat untuk diberikan kepadanya. Dia lebih memahami pasukan yang diwakilinya kerana ini kali pertama situasi ini berlaku selepas me­nyertai kelab itu.

“Dia tidak gembira dan ber­puas hati dengan minit permainan yang diberikan serta posisinya. Dia tidak berada pada prestasi terbaik ketika ini.

“Masalah kecederaan dan Covid-19 menyebabkan dia be­rada dalam situasi sukar. Dia perlu segera mencari rentak terbaik,” kata Deschamps.

Masalah yang dihadapi Pogba di Old Trafford menyebabkan khabar angin perpindahannya kembali bertiup kencang terutama apabila Juventus dilaporkan sanggup untuk menerimanya semula.

Namun, bekas pemain United, Phil Neville mengakui bahawa pasukan itu sukar untuk meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris tanpa Pogba.

“Untuk United memenangi liga dan berjaya, mereka memerlukan Pogba. Mereka boleh menggunakan sama ada Nemanja Ma­tic, Fred atau Scott McTominay kemudian menggandingkan Pogba­ bersama Bruno Fernandes,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN