fbpx
Pun Sian (tengah depan) menunjukkan rokok putih yang dirampas pihaknya. FOTO: AFIQ RAZALI/KOSMO!

Campur rokok, arak seludup bersama tisu basah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Taktik penyeludupan rokok dan arak dengan mencampurkan bersama barangan lain seperti tisu basah berjaya dikesan pihak berkuasa di dua buah pelabuhan di sini, baru-baru ini.

Kesemua barangan seludup bernilai lebih RM3.91 juta termasuk cukai itu dirampas dalam empat buah kontena di Pelabuhan Barat dan Utara pada Mei dan Jun lalu.

Pengarah Operasi Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah, Wong Pun Sian berkata, berdasarkan siasatan, tiga kontena berisi keseluruhan lebih 4.1juta batang dikesan di Pelabuhan Barat.

Katanya, kontena-kontena itu telah diikrarkan dan dicampurkan bersama pelbagai muatan dan peralatan dapur.

“Siasatan turut mendapati kontena-kontena itu dari negara jiran dan Asia Timur.

“Kesemua rokok itu sepatutnya ingin diseludup ke Australia namun ditransitkan ke pelabuhan itu,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Kastam, Pulau Indah hari ini.

Kata beliau, pihaknya juga mengesan 21,840 liter minuman keras yang dianggarkan yang diletakkan dalam sebuah kontena di Pelabuhan Utara pada 15 Jun lalu.

Tambah Pun Sian, kesemua barangan seludup itu diklasifikasikan di bawah butiran 1 dan 67, Jadual Ketiga Bahagian I dan II, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

“Kita telah memanggil empat warga tempatan bagi memberikan keterangan untuk membantu siasatan kes-kes tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967,” katanya.

Dalam perkembangan berlainan, beliau turut mengakui pihak ada mengesan setem cukai palsu pada rokok-rokok dijual di pasaran terutama dalam Zon Tengah.

“Memang dalam operasi penguatkuasaan ada kesan dengan guna peralatan khas,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN