fbpx
Syarikat katering pesisir laut perlu mengambil langkah keselamatan yang sangat ketat dalam mengoperasikan perniagaan mereka di pelantar dan kapal. – Gambar hiasan

SOCC Offshore teroka bidaan kontrak katering luar pesisir di pasaran global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – SOCC Hol­dings Sdn. Bhd. melalui anak syarikatnya, SOCC Offshore Sdn. Bhd. (SOCC Offshore) yang terlibat dalam perkhidmatan kate­ring di pelantar dan kapal mengunjurkan pertumbuhan pendapatannya sebanyak 30 pe­ratus dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengarah Urusannya, Amin Aznizan berkata, potensi pertumbuhan itu bakal disumbangkan oleh inisiatif syarikat untuk menambah pelanggan baharu dan mendapatkan lebih banyak kontrak baharu dalam bidang katering di luar negara.

Menurut beliau, sebagai permulaan, syarikat telah berjaya mendapatkan kontrak baharu daripada sebuah syarikat di Arab Saudi dengan menyediakan perkhidmatan katering kepada sebuah pelantar minyak di rantau sana.

“Kami akan memulakan operasi pada Julai ini dan memandang­kan ia adalah pasaran baharu, maka kami perlu melakukannya pada peringkat asas terlebih dahulu.

“Ia berbeza dengan perkhidmatan sedia ada kami di Malaysia yang mana semua operasi dan rangkaiannya sudah berjalan lancar sejak dahulu lagi.

“Nilai kontraknya kecil, tetapi kami menjadikan ia sebagai platform permulaan untuk kami te­rus meneroka bidang berpotensi ini di luar negara,” katanya ketika di temu bual di pejabatnya di sini baru-baru ini.

SOCC Offshore kini memiliki beberapa pelanggan dengan tempoh perkhidmatan kontrak­nya telah melebihi daripada 10 tahun, malah akan diperbaharui untuk jangka masa panjang
Syarikat yang kini menawarkan perkhidmatan kepada 13 pelantar dan juga kapal di perairan Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah dan Labuan bercadang untuk menggandakan jumlah tersebut pada tahun depan.
Amin menjelaskan, hasil kontrak katering baharu di Arab Saudi itu dijangka menyumbang kepada pendapatan SOCC Offshore dalam keputusan kewangan tahun 2024.
Tambahya, selepas kejayaan tersebut, syarikat juga berminat untuk meneroka peluang baharu di pasaran Indonesia dengan menyertai mana-mana tawaran bidaan pada masa hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN