fbpx
Gambar hiasan.

Orang suka layan pornografi mudah kecewa, suka salahkan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kelompok individu yang berterusan menjadikan laman Dark Side sebagai platform memuaskan nafsu dilihat berisiko berdepan masalah kemurungan.

Pegawai Psikologi di Bahagian Sumber Manusia, Universiti Sains Malaysia, Mohamad Shafieq Ishak berkata, ketagihan itu menyebabkan seseorang individu mudah merasa kecewa selain sering menyalahkan diri sendiri .

“Seterusnya, perasaan itu akan menghantui diri sehingga mereka mula mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan-rakan selepas merasakan diri tidak berguna serta gagal berbakti kepada orang sekeliling.

“Jadi, apabila keadaan itu berlaku, individu terbabit cenderung berasa sedih berterusan serta berisiko mengalami kemurungan hingga mengganggu kehidupan harian penghidapnya,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Jelasnya lagi, individu ketagihan pornografi juga disifatkan hidup dalam penafian serta sukar keluar daripada aktiviti ber­kenaan berbanding mereka yang mempunyai kegilaan terhadap najis dadah.

“Ini kerana, satu hormon dipanggil dopamin akan dirembes ke otak, di mana ia menyebabkan individu itu mudah berasa gembira apabila menonton bahan lucah.

“Bagaimanapun, hormon itu telah dirangsang secara tidak normal dan kegunaannya secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang mengalami lemah ingatan serta mengganggu minda untuk berfikir secara rasional,” jelasnya.

Katanya, invidivu ketagihan bahan lucah juga berisiko bertindak di luar jangkaan termasuk berupaya melakukan keganasan fizikal kepada orang sekeliling.

“Kumpulan terbabit mungkin menganggap pornografi sebagai sesuatu yang normal hingga menjadikan ia sebagai rujukan untuk melakukannya kepada orang lain sama ada secara rela atau sebaliknya,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN