PETALING JAYA – P-hailing hanya sesuai dijadikan sebagai pekerjaan sambilan berdasarkan kadar upah dan risiko yang terpaksa dihadapi oleh para penghantar makanan ketika ini. Pakar ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, pekerja p-hailing perlu mengelak terikat dengan pekerjaan itu, sebaliknya mencari peluang menjana pendapatan lain. “Jangan anggap p-hailing sebagai kerjaya akhir. Tidak boleh bertekad menjadikan p-hailing kerjaya seumur hidup. Itu tidak logik. Tidak masuk akal seorang berdedikasi mengorbankan (masa dan tenaga) untuk itu. “Daripada perspektif pekerjaan ia bukan satu……