fbpx

Pemancing naikkan keli gergasi hampir 10 kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biancardi menunjukkan ikan keli gergasi yang ditangkap di Sungai Po. – Instagram

ROM, ITALI – Seorang peman­cing di Itali bertarung selama 43 minit untuk menaikkan seekor ikan keli (catfish) gergasi sepanjang 2.85 meter (10 kaki) ketika meman­cing di Su­ngai Po, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Alessandro Biancardi tidak menyangka hasil tangkapannya baru-baru ini merupakan ikan terbesar yang pernah dinaikkan sepanjang tempoh 23 tahun dia bergelar pemancing profesional.

Dia meluahkan rasa kagum apabila menaikkan ikan tersebut yang memiliki panjang hampir menyamai dua manusia dewasa.

“Apabila ikan itu muncul di permukaan air buat kali pertama, saya sedar bahawa saya telah menangkap ‘raksasa’. Adrenalin mengalir laju dan kebimbangan bahawa saya akan kehilangannya menyebabkan saya hampir panik.

“Saya berseorangan ketika itu, berdepan ikan keli terbesar yang pernah dilihat dalam tempoh 23 tahun,” ujarnya.

Tambah Biancardi, meskipun sedar keli itu mampu memecahkan rekod sedia ada, dia membuat keputusan melepaskannya semula ke dalam sungai.

“Saya amat ingin tahu berat ikan tersebut, namun bimbang saya menjadi tertekan memikirkan spesimen yang jarang ditemui itu.

“Justeru, sama ada membuat keputusan melepaskannya se­mula ke dalam sungai de­ngan harapan ia dapat memberi ke­terujaan yang sama kepada pemancing lain,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI