fbpx
Hartini menunjukkan produk keluaran syarikatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Razowa buka peluang perniagaan berpotensi kepada wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Razowa, pe­neraju perniagaan bengkung di Malaysia sejak 2019, telah membuka peluang kepada wanita termasuk suri rumah untuk menambah ilmu dan menggandakan pendapatan melalui pakej baharu rawatan pelangsingan dan produk keluaran syarikat.

Pengasasnya, Hartini Halim berkata, peluang tersebut ditawarkan kepada golongan itu ekoran keprihatinan syarikat yang memahami ke­perluan masyarakat untuk memperoleh pendapatan pasif setiap bulan.

Menurut beliau, produk yang ditawarkan syarikat akan d digunakan oleh Juruterapi Urutan bagi menambah nilai perkhidmatan sekali gus membantu mening­katkan jualan

“Ketidaktentuan ekonomi sekarang membuatkan kami mahu membantu lebih ramai juruterapi urutan confinement ladies dan mereka adalah daripada golongan berpendapatan rendah atau B40 menerusi pelantikan ejen,” katanya dalam kenyataan bersempena majlis sambutan Aidilfitri dan meraikan ahli-ahli Razowa ­Rangers di sini baru-baru ini.

Razowa terkenal dengan rangkaian bengkung seperti Ele Girdle dan Bengkung 3 Saat Razowa serta produk lain seperti Brigh­tening Scrub dan Saunami Fir­ming Cream.

Produk keluarannya cukup dekat di hati pengguna terutama wanita moden semasa dalam tempoh berpantang selepas ­melahirkan cahaya mata.

Selain itu, produk bengkung khas buat lelaki iaitu Zuko Men’s Girdle keluaran syarikatnya juga pernah tular di pasaran sebelum ini.

Selain itu, Hartini menjelaskan, syarikat mengunjurkan jualan sehingga RM3 juta pada tahun ini yang mana jualan produk popularnya adalah Bengkung 3 Saat Razowa.

“Sehingga kini, jualan bukan sahaja berkembang di Malaysia tetapi telah menembusi pasaran di Singapura dan Brunei manakala bakal meluas ke Indonesia tidak lama lagi.

Selain itu, syarikat telah memperkenalkan produk terbaharunya iaitu Minto Aroma Oil.
Razowa Malaysia kini memiliki 1,200 ejen dan mahu mengembangkannya kepada 2,000 ejen menjelang hujung tahun ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN