fbpx
MANGSA yang berusia 15 tahun dibelasah selepas berlaku perselisihan faham kerana tidak menghormati pelajar senior.

Pelajar kena tendang, pijak dakwa diganggu sejak Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG – “Kalau anak mak cik bersalah, kenapa tak cakap. Kenapa sampai pukul (beramai-ramai).”

Demikian persoalan yang dibangkitkan ibu pelajar tingkatan tiga yang dibelasah secara beramai-ramai oleh sekumpulan pelajar senior di Taman Melawati, di sini pada Isnin lalu.

Kakak mangsa, Nur Maisarah Mazlan, 24, berkata, ahli keluarga terutama ibunya berasa sedih dengan kejadian yang menimpa adiknya berusia 15 tahun.

Menurutnya, perbuatan memi­jak, menendang dan me­numbuk adiknya yang merupakan pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Selangor sehingga terbaring dianggap melampau dan tidak masuk akal.

“Rakaman video itu pada mulanya tersebar di sekolah sebelum diketahui kakak saya. Selagi kes ini tidak tular, adik saya pasti akan berterusan jadi mangsa buli,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ekoran kejadian itu, mangsa cedera dan bengkak di muka serta tengkuk.

Nur Maisarah memberitahu, adik­nya memaklumkan dia diganggu sejak Ramadan lalu di­sebabkan ada pihak ketiga yang melagakan mereka.

“Kami (keluarga) harap pihak sekolah ambil tindakan sewajarnya kepada pelaku,” katanya.

Sejak kelmarin, tular empat buah video yang memaparkan remaja dipukul sekumpulan pelajar lain sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

TANGKAP layar video tular yang memaparkan mangsa dibelasah pelajar senior dalam kejadian di Ampang baru-baru ini.

Rakaman video itu turut memaparkan beberapa pelajar turut memukul mangsa bahkan ada yang cuba menghentikan pergaduhan sambil ketawa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Mohamad Farouk Eshak memberitahu, siasatan pihaknya mendapati berlaku perselisihan faham kerana mangsa tidak menghormati sekumpulan pelajar tingkatan lima.

Menurut beliau, pada awalnya mangsa dipukul di tangga sekolah pada pukul 9.30 pagi.

Mangsa kemudian ditumbuk di dada, dicekik dan ditendang di bahagian belakang badan oleh seorang pelajar senior yang dikenalinya.

“Mangsa juga diugut akan di­belasah sekiranya tidak berjumpa di anjung selera. Terdapat lima suspek mengajak mangsa ke Bukit Mar Mar, Kemensah dan berlakunya pergaduhan di kawasan berkenaan.

“Salah seorang suspek turut menumbuk muka mangsa seba­nyak empat kali,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelas beliau, kejadian tersebut disaksikan kira-kira 10 hingga 15 pelajar lain. Susulan kejadian itu, polis mengambil keterangan lima pelajar senior bagi membantu siasatan. Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN