fbpx
GABEE

Tidak perlu kurus untuk cantik – Gabee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Negara Korea Selatan sememangnya cukup terkenal dengan piawaian kecantikan yang menjadi turutan segenap lapisan masyarakat di negara tersebut.

Tidak senada dengan stigma piawaian kecantikan, koreografer profesional, Gabee, yang muncul dalam program Mnet popular Street Woman Fighter, meraih perhatian ramai ketika temu bualnya dengan The BBC baru-baru ini.

Dalam temu bual tersebut, Gabee mendedahkan dia tidak perlu kurus untuk cantik dan sama sekali menentang suasana sosial di Korea yang menganggap hanya bentuk badan tertentu sahaja dikategorikan cantik.

“Saya mempunyai punggung yang besar sejak saya kecil. Saya diusik, dipanggil itik dan saya mendengar orang berkata tentang punggung besar.

“Tetapi piawaian kecantikan berubah mengikut masa, jadi saya rasa tidak bermakna untuk mengubah badan anda agar sesuai dengan standard masa. Saya fikir, lebih cantik jika anda mengekalkan bentuk badan sedia ada.

Penari lincah itu juga berpendapat, semua orang ada kelemahan dan kelebihan. Aspek tersebut juga semula jadi dan sangat manusiawi.

“Saya mahu menjadi seorang yang boleh memberi kekuatan kepada semua orang untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan meyakinkan,” kata Gabee.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN