fbpx

Mangsa ribut Kampung Melayu Majidee ditempatkan di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAIRI MAD SHAH melihat keadaan sebuah rumah yang rosak dibadai ribut di Jalan Rahmat, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru hari ini. - FOTO : RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) akan dibuka di Dewanraya Kampung Melayu Majidee, di sini bagi menempatkan keluarga yang kediaman mereka terjejas akibat ribut, petang tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, pihaknya dan kerajaan negeri akan turut menghulurkan bantuan awal melibatkan keperluan asas kepada keluarga terlibat.

“Kediaman terjejas teruk, bumbung dan peralatan rumah rosak, sedih saya tengok. Namun Alhamdulillah, tindakan pantas diambil pihak berkuasa untuk memanggil agensi berkaitan bagi menggerakkan kerja-kerja pembersihan,” katanya kepada pemberita ketika melawat mangsa terjejas.

Mohd. Hairi yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor turut memberitahu, antara tindakan awal diambil adalah untuk membuka sebuah PPS bagi menempatkan mangsa-mangsa yang memerlukan.

“Ini perlu kerana rumah-rumah yang rosak itu tidak selamat untuk didiami, ada bumbung yang terbuka luas, jadi kami ambil keputusan buka satu PPS dan galakkan mangsa pindah sementara.

“Kami akan kumpulkan maklumat dan dapatkan jumlah kerugian dialami kesemua mangsa, namun tindakan awal untuk membaiki bumbungnya kediaman boleh dilakukan terlebih dahulu,” jelasnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI