HASSAN (kanan) dan Sahar (kiri) membaca al-Quran sepanjang RamadanĀ baru-baruĀ ini.

Bekas doktor kerajaan hisap dadah sejak usia 13 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Penyalahgunaan dadah yang sering dikaitkan dengan remaja kampung dan individu yang kurang berpendidikan sebenarnya turut menghancurkan hidup ramai golongan profesional.

Lebih membimbangkan apabila golongan ini dikatakan memilih dadah sintetik seperti syabu sebagai pilihan kerana dipercayai mampu memberi tenaga dan keyakinan diri.

Kebanyakan daripada golongan profesional ini adalah mereka yang berpendidikan tinggi dan memiliki profesion hebat seperti doktor, jurutera, pensyarah, perunding kewangan dan pelajar universiti.

Seorang bekas doktor di sebuah hospital kerajaan dikenali Hassan, 35, (bukan nama sebenar) berkata, kariernya sebagai pengawai perubatan berakhir sejak setahun lalu dan dia kini sedang menjalani pemulihan di PerkampuĀ­ngan Darul Barakah, Marang.

Katanya, dia mula berjebak deĀ­ngan najis dadah ketika berusia 13 tahun, iaitu sewaktu berada di sebuah sekolah berasrama penuh.

ā€œSaya mengenali dadah daripada seorang pekerja dewan makan asrama. Pada mulanya, saya sekadar mahu mencuba dan suka-suka, tetapi lama-kelamaan menjadi ketagih.

ā€œKerap juga curi-curi keluar asrama untuk mencari bekalan dadah. Begitupun, akademik saya tetap cemerlang sehingga berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan,ā€ katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Hassan berkata, sebaik menamatkan pengajian, kerjaya kedoktorannya bermula di sebuah hospital kerajaan.

Dia yang masih bujang berkata, sekalipun sibuk merawat pesakit, namun ketagihan terhadap dadah tidak pernah berubah.

ā€œSaya fikir saya bijak menyembunyikan perilaku buruk sebagai penagih dadah, namun silap.

ā€œBak kata pepatah ā€˜bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru’. Akhirnya, rahsia saya terbongkar dan lesen perubatan saya digantung,ā€ katanya.

Menurut Hassan, dia tidak menyangka masa depannya hancur sehingga melukakan hati orang tua yang selama ini menganggap dirinya sebagai kebanggaan keluarga.

ā€œInsya-Allah, saya akan selesai menjalani pemulihan selama 14 bulan dalam tempoh dua bulan lagi.

ā€œSaya berhasrat kembali ke pangkuan masyarakat sebagai ā€˜insan baharu’, menyambung semula lesen perubatan agar dapat diberi peluang kedua berkhidmat sebagai doktor,ā€ katanya.

SEBAHAGIAN daripada 86 pelatih pemulihan dadah sedang mendengar kuliah agama di Perkampungan Darul Barakah, Marang baru-baruĀ ini.

Sementara itu, Sahar (bukan nama sebenar) memberitahu, kehidupannya sebagai seorang mahasiswa di sebuah institusi peĀ­ngajian tinggi awam turut berĀ­akhir gara-gara penglibatannya dengan dadah.

Pemuda berusia 28 tahun itu berkata, kelebihan sebagai seorang yang dikategorinya sebagai bijak pandai bukanlah satu jaminan untuk dia terlepas daripada sebarang pengaruh jahat termaĀ­suk menagih dadah.

ā€œSaya mula terjebak dengan pengambilan dadah iaitu jenis pil kuda sewaktu menuntut di universiti. Semuanya kerana pengaruh kawan-kawam yang mahu saya mencuba.

ā€œLama-kelamaan, masalah ketagihan saya semakin kritikal sehinggakan saya terpaksa menangguhkan pengajian kerana tidak mampu untuk fokus kepada pelajaran.

ā€œSaya juga menghabiskan wang yang sepatutnya digunakan untuk pengajian dengan membeli pil kuda sebelum akhirnya ditangkap dalam satu serbuan,ā€ katanya.

Sahar berkata, selama mendapat pemulihan di PerkampuĀ­ngan Darul Barakah di sini, dia mengakui cukup tenang walaupun terpaksa berpisah dengan keluarga.

ā€œMulanya agak kekok apatah lagi dengan rutin harian terutama sepanjang bulan Ramadan. Kami perlu bangun qiamullail, tadarus al-Quran, kuliah duha, solat berjemaah dan solat sunat tarawih.

ā€œSaya melaksanakan ibadah tersebut dengan penuh penghaĀ­yatan dengan harapan dapat membersihkan jiwa,ā€ katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Ā 

TERKINI

BERITA BERKAITAN