fbpx
Majlis Otago kini menunggu kelulusan daripada kerajaan persekutuan untuk menyebarkan Virus Penyakit Haemorrhagic Arnab (RHDV). - Wion

New Zealand mahu biak virus bunuh arnab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WELLINGTON – Sebuah wilayah di New Zealand mengambil pelbagai langkah untuk menghapuskan populasi arnab yang menjejaskan sektor pertanian, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Arnab pertama diperkenalkan di New Zealand pada tahun 1840-an sebagai sumber  makanan dan pemburuan, namun perlahan-lahan menjadi haiwan invasif sehingga mengancam  biodiversiti dan pertanian di wilayah Otago.

Bagi menangani ancaman itu, pentadbiran tempatan memperkenalkan acara Pemburuan Arnab Paskah Besar Ortago Tengah pada tahun 1990-an. Setiap pemilik tanah diwajibkan di bawah untuk memburu arnab pada setiap tahun.

Bagaimanapun, kerajaan pusat mengharamkan acara itu  tahun ini kerana risiko kebakaran serta kebimbangan mengenai kesihatan dan keselamatan penduduk.

Arahan itu tidak menghalang penduduk luar bandar untuk meneruskan tradisi mereka kerana kekurangan alternatif untuk membunuh arnab yang dibimbangi populasinya akan meningkat.

Majlis Wilayah Otago (ORC) sedang  menunggu kelulusan  kerajaan persekutuan untuk menggunakan  Virus Penyakit Haemorrhagic Arnab (RHDV). Virus itu pertama kali diimport dan diperkenal secara haram di New Zealand pada 1997 untuk memusnahkan populasi arnab ketika itu.

Versi lain dari Korea kemudian diimport secara sah dan dikeluarkan pada awal 2018 tetapi arnab menjadi kebal dari semasa ke semasa. ORC kini berusaha memperkenalkan semula RHDV dengan mengeluarkannya daripada ‘senarai organisma tidak diingini’.

Di Pulau Selatan, ledakan populasi arnab mencapai kadar ‘wabak’, kata seorang jurucakap ORC.

Kementerian industri utama New Zealand menganggarkan bahawa arnab merugikan negara itu dengan anggaran NZ$50 juta (RM138 juta) dalam kehilangan pengeluaran dan NZ$25 juta (RM69 juta) dalam kawalan makhluk perosak secara langsung setiap tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN