fbpx

Penduduk KRT Taman Klebang Putra 1 teruja sertai ‘kejut sahur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tradisi kejut sahur dengan cara berselawat sambil memukul rebana di KRT Taman Klebang Putra 1. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Tradisi kejut sahur dengan cara berselawat sambil memukul rebana memberi pengalaman unik kepada saudara baharu, Muhammad Adam Chuwa Abdullah, 54, bagi menyambut Ramadan tahun ini.

Menurut bapa kepada dua anak itu, jika dahulu dia hanya mendengar mengenai kemeriahan aktiviti tersebut, kini dia sendiri berpeluang menjadi ‘jam loceng’ kepada penduduk di Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Klebang Putra 1 untuk mengejutkan mereka bangun bersahur.

Lebih manis lagi katanya, apabila dua anaknya berusia 11 dan sembilan tahun turut tidak mahu melepaskan peluang menyertai perarakan kejut sahur itu.

“Sebelum ini, saya dan keluarga bangun bersahur dengan cara mengunci jam di telefon bimbit sahaja tapi pada tahun ini, suasananya lebih meriah dengan aktiviti kejut sahur.

“Ini pengalaman unik dan sesuatu yang baharu untuk saya walaupun telah 10 tahun memeluk agama Islam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyertai perarakan kejut sahur di KRT Taman Klebang Putta 1 di sini hari ini.

Bagi pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Muhammad Danish Muqri Mohd. Tajudin, 19, dia berasa teruja menyertai aktiviti yang sebelum ini hanya diketahui melalui pembacaan.

Katanya, acara itu sangat meriah kerana disertai pelbagai peringkat usia daripada anak kecil hingga warga emas.

Sementara itu, Pengerusi KRT Klebang Putra 1, Dr. Mohamad Azrul Azly berkata, penganjuran aktiviti kejut sahur tersebut diadakan bagi menghidupkan semula tradisi lama sekali gus mencipta suasana kampung di taman perumahan di bandar.

Program kejut sahur yang pertama kali diadakan itu merupakan inisiatif KRT Taman Klebang Putra 1 bersama Kelab Rebana Klebang Putra yang mana penduduk berarak menunggang motosikal mengelilingi lebih 400 kediaman dengan mengalunkan selawat dan paluan rebana.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI