fbpx

Wanita tinggal motosikal atas jalan ketika dengar siren bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu berlari meninggalkan motosikalnya di jalan. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang wanita yang meninggalkan motosikal di tengah jalan raya kerana terlalu panik apabila mendengar bunyi siren bomba, lapor laman berita Liputan 6 semalam.

Video yang dirakam di sebatang jalan itu dimuat naik dalam akaun Instagram @fakta.indo. 

Beberapa pengguna jalan itu pada awalnya kelihatan berhenti di lampu isyarat merah.

Mereka kemudian beralih dari jalan tersebut untuk memberi laluan apabila sebuah jentera bomba membunyikan siren.

Seorang wanita tiba-tiba ketakutan ketika mendengar siren bomba lalu meninggalkan motosikalnya di tengah jalan.

Difahamkan, tindakan pemandu jentera bomba yang meminta pengguna jalan raya memberi laluan berkemungkinan membuatkan wanita itu panik.

Kejadian itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Boleh jadi dia panik kerana takut lori atau kenderaan besar merempuhnya ketika mendengar siren. Disebabkan itu, wanita tersebut terus menyelamatkan diri,” komen seorang netizen. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI